Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

125) ISU KUARI SEKITAR KAWASAN DESA BUKIT INDAH DAN BUKIT LAGONG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah semasa kuari yang beroperasi di kawasan tersebut?

    Untuk makluman, hasil semakan Pejabat Daerah dan Tanah Gombak bersama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, tiada sebarang kuari beroperasi di kawasan Desa Bukit Indah. Namun terdapat enam (6) kuari yang sedang beroperasi di kawasan Bukit Lagong. Senarai penuh kuari yang telah diluluskan oleh Pihak berkuasa Negeri dan masih beroperasi serta aktif buat masa ini adalah seperti berikut:

    1. Rajang Budiman Sdn. Bhd. (Jabatan Perhutanan Negeri Selangor)
    2. Perkuat Kuari Sdn. Bhd. (Jabatan Perhutanan Negeri Selangor)
    3. Permodalan Negeri Selangor Berhad (Jabatan Perhutanan Negeri Selangor)
    4. Terang Industries Sdn. Bhd. (Jabatan Perhutanan Negeri Selangor)
    5. Mahir Sempurna Sdn. Bhd. (Jabatan Perhutanan Negeri Selangor)
    6. Layar Generasi Sdn. Bhd. (Pejabat Daerah dan Tanah Gombak)

      JMG

      Jumlah semasa kuari yang beroperasi di Hutan Simpan Bukit Lagong, Mukim Rawang, Daerah Gombak sebanyak 7 buah:-

      1. Rajang Budiman Sdn. Bhd.
      2. Perkuat Kuari Sdn. Bhd.
      3. Permodalan Negeri Selangor Berhad
      4. Layar Generasi Sdn. Bhd.
      5. Terang Industries Sdn. Bhd.
      6. Mahir Sempurna Sdn. Bhd.

      7.The Greatest Eco Park Holding Sdn. Bhd.

  2. Berapakah jumlah kutipan premium yang dikutip Kerajaan Negeri daripada syarikat kuari dikawasan tersebut daripada tahun 2019 hingga 2023?

    Untuk makluman, semakan dari Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, sebanyak RM 164,509,667.28 jumlah cukai meliputi bayaran royalti, premium dan ses telah dikutip sepanjang 2019 sehingga 2023. Nilai kutipan mengikut tahun adalah sebagaimana berikut:

    1. Tahun 2019 – RM 36,298,524.22
    2. Tahun 2020 – RM 30,019,976.08
    3. Tahun 2021 – RM 30,407,022.74
    4. Tahun 2022 – RM 35,050,837.61
    5. Tahun 2023 – RM 32,733,306.63

    Daripada nilai tersebut sebanyak 20% adalah merupakan jumlah kutipan premium iaitu RM 32,996,582.53

    Untuk makluman, hasil semakan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG), tiada sebarang permit kuari dikeluarkan di bawah seliaan PDTG bagi tahun 2019 hingga 2023. Namun begitu, satu kelulusan telah diberikan kepada Layar Generasi Sdn. Bhd. untuk beroperasi di Bukit Lagong dengan kutipan permit sebanyak RM 351,332.10.

  3. Adakah pihak kerajaan menguatkuasakan jadual operasi lori dan letupan kepada pihak kuari?

    Untuk makluman, pemantauan berkala sentiasa dijalankan oleh Unit Penguatkuasa, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak. Bagi penjadualan operasi lori yang dibenarkan bagi kuari adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang bagi hari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 2.30 petang bagi hari Sabtu. Tiada sebarang operasi dibenarkan pada hari Ahad dan waktu malam.

    Manakala bagi kerja-kerja peletupan kuari, pemantauan dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) hanya dibenarkan beroperasi pada hari Isnin hingga hari Khamis di antara jam 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang sahaja. Tiada sebarang aktiviti peletupan pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan cuti umum. Sebarang kerja letupan hanya boleh dijalankan setelah mendapat kelulusan membeli, membawa dan menggunakan bahan letupan daripada Pihak Polis DiRaja Malaysia sahaja. Amaran yang mencukupi mesti diberi kepada semua orang di sekitar kawasan kuari supaya berada di tempat yang selamat sebelum sebarang letupan dilakukan.

    JMG

    JMG berfungsi sebagai agensi persekutuan yang menyokong Pihak Berkuasa Negeri bagi operasi kuari. Bagi kuari – kuari yang diluluskan dibawah Akta Perhutanan Negeri, operasi kuari dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Negeri. JMG memainkan peranan sebagai jabatan teknikal untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran teknikal dari sudut operasi pengkuarian. Kerja – kerja letupan pula, hanya boleh dilakukan pada hari isnin sehingga khamis sahaja diantara jam 12 tengah hari sehingga 4 petang, kecuali pada hari cuti umum dan pelepasan am. Namun begitu, kerja letupan hanya boleh dijalankan setelah mendapat kelulusan membeli, membawa dan menggunakan bahan letupan daripada Pihak Polis DiRaja Malaysia sahaja.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.