Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

320) ISU KETERJAMINAN MAKANAN HALAL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah dari Kerajaan Negeri untuk memastikan makanan yang dijual di pasaraya dan kedai runcit yang mempunyai logo halal disahkan oleh pihak berwajib?

    Langkah dari Kerajaan Negeri untuk memastikan makanan yang dijual di pasaraya dan kedai runcit yang mempunyai logo halal yang disahkan oleh pihak berwajib ialah:

    • Menguatkuasakan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
    • JAIS juga turut melaksanakan sesi libat urus bersama beberapa pasaraya di Negeri Selangor dalam memastikan pembekal untuk bekalan produk pasaraya mengisytiharkan dan mengemukakan sijil halal.
  2. Sejauhmanakah peranan dan tanggungjawab Kerajaan meletakkan keutamaan penyediaan makanan yang benar-benar halal untuk pengguna Islam di Selangor?

    Peranan dan tanggungjawab Kerajaan Negeri meletakkan keutamaan penyediaan makanan yang benar-benar halal untuk pengguna Islam di Negeri Selangor ialah:

    • Pegawai Pemeriksa di Bahagian Pengurusan Halal, JAIS sentiasa melaksanakan pemantauan berkala mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan semua premis mematuhi prosedur yang ditetapkan dalam pensijilan halal. Sekiranya berlaku ketidakakuran serius dan besar, maka sijil halal syarikat akan digantung atau ditarik.
    • Bahagian pengurusan Halal, JAIS juga sentiasa membuka saluran aduan 24 jam kepada masyarakat di Negeri Selangor untuk menyalurkan sebarang maklumat kesalahan berkaitan halal.
    • Mengadakan Program Ziarah Halal/Jelajah Halal Selangor ke premis-premis yang belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)

Lampiran

Tiada Lampiran.