Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

378) ISU KESIHATAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah skim / bantuan Kerajaan Selangor yang dapat dimanfaatkan oleh pesakit strok daripada golongan B40?

    Rakyat Negeri Selangor yang mengalami penyakit strok dan terdiri daripada golongan B40 boleh mendapatkan bantuan perubatan di bawah Program Bantuan Sihat Selangor (BSS). Di bawah BSS, pesakit strok akan menerima bantuan kewangan berjumlah sehingga RM5,000 bagi pembiayaan berkaitan rawatan strok di hospital panel berdaftar di bawah BSS.

  2. Bagaimanakah cara permohonan dan syarat-syarat kelayakan?

    Syarat utama untuk layak menerima manfaat di bawah Program BSS adalah perlu lahir di Negeri Selangor atau bermastautin melebihi 10 tahun dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 3,000.00. Pemohon yang layak perlu melengkapkan pendaftaran dan memuat naik dokumen sokongan yang berkaitan di pautan https://bantuansihat.selangor.gov.my/.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.