Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

377) ISU KESIHATAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Selangor dapat menyediakan pusat rawatan dialisis percuma kepada pesakit miskin tegar di DUN Sungai Kandis?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak merancang untuk membuka pusat rawatan dialisis baru kerana pembangunan pusat dialisis memerlukan syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi. Selain itu, pewujudan pusat dialisis juga melibatkan implikasi kewangan yang tinggi bagi aspek pembangunan dan pengurusan pusat dialisis tersebut.

  2. Berapakah pusat rawatan dialisis yang berdekatan di sekitar DUN Sungai Kandis?

    Terdapat tujuh (7) buah pusat rawatan dialisis berdaftar di bawah Program Bantuan Sihat Selangor (BSS) yang terdapat di DUN Sungai Kandis.

  3. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi membantu pesakit dialisis yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan berkala akibat kos yang tinggi setiap bulan?

    Rakyat Negeri Selangor yang tidak berkemampuan dan memerlukan bantuan rawatan dialisis boleh memohon bantuan melalui Program Bantuan Sihat Selangor (BSS). Melalui Program BSS, pesakit yang layak akan menerima bantuan rawatan dialisis berjumlah sehingga RM5,000 di panel pusat rawatan dialisis. Untuk makluman Yang Berhormat, manfaat rawatan dialisis ini akan diselaras dan ditempatkan di bawah Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) bermula pada suku pertama tahun 2025. Melalui penyelarasan ini, penerima manfaat rawatan dialisis akan menerima bantuan rawatan sehingga RM10,000. Ini secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada pesakit melalui peningkatan jumlah bantuan rawatan yang diberikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.