Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
33) ISU KESESAKAN LEBUHRAYA FT01
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kerajaan merancang untuk mengurangkan kesesakan di jalan FT01 dari Rawang ke Kuala Lumpur pada waktu puncak?
Bagi mengurangkan kesesakan di Jalan FT01, JKR Selangor telah mengemukakan permohonan bagi menaiktaraf di sebahagian kawasan kritikal Jalan FT01 di bawah permohonan RMKe-12 RP4 melalui Kementerian Kerja Raya pada 13 Disember 2023 iaitu “Menaiktaraf Jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim (FT01) Dengan Menambah Satu (1) Lorong Mendaki Sehingga Ke Susur Keluar Taman Amansiara, Dalam Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan”. Perlaksanaan projek bergantung kepada kelulusan peruntukan daripada pihak Kementerian Kewangan.
-
Adakah JKR merancang untuk melaksanakan "tidal flow" bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak?
JKR Selangor tidak merancang untuk melaksanakan “tidal flow” kerana kekangan ruang bagi pelaksanaan. Walau bagaimana pun, bagi mengurangkan kesesakan pada waktu puncak, pewartaan penggunaan kenderaan berat telah dilaksanakan di laluan ini bermula jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi dan 3.30 petang hingga 7 malam pada hari bekerja. JKR Selangor akan terus berkerjasama dengan pihak JPJ supaya pewartaan ini dipatuhi oleh pengguna.