Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
2) ISU KESESAKAN JALAN DI DUN BUKIT LANJAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan kerajaan dalam menangani isu kesesakan jalan di sekitar kawasan Taman Ehsan, Aman Puri, Wangsa Permai sehingga ke KIP?
Untuk makluman Yang Berhormat, pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan kajian penilaian kesan trafik bagi kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak MPS dalam proses penyediaan Terma Rujukan bagi lantikan perunding untuk mereka bentuk perincian jajaran jalan di kawasan tersebut agar dapat mengurangkan kesesakan di waktu puncak.
-
Apakah usaha-usaha kerajaan bagi menyediakan jalan penyelesaiaan jangka masa pendek untuk mengatasi atau mengurangkan masalah kesesakan jalan yang berlaku di Taman Ehsan, Aman Puri, Wangsa Permai sehingga ke KIP?
Pihak MPS akan memohon bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi bantuan kawalan trafik bagi menghadapi masalah kesesakan dan limpahan trafik di persimpangan-persimpangan utama.
-
Apakah perancangan kerajaan untuk menyediakan jalan alternatif bagi kawasan yang tersenarai di atas bagi mengurangkan masalah kesesakan jalan?
Pihak MPS melalui Jabatan Perancang MPS akan membuat kajian dan mengenakan syarat pemajuan ke atas sebarang pembangunan baru bagi penyuraian trafik dan jalan alternatif yang boleh dicadangkan.