Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
21) ISU KESESAKAN DI SERI KEMBANGAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakan Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk menyelesaikan isu kesesakan di kawasan Seri Kembangan? Ia juga melibatkan persimpangan jalan yang berkaitan di sepanjang Jalan Besar dan Jalan Putra Permai.
Jalan Besar dan Jalan Putra Permai adalah Jalan Persekutuan FT3215. Pihak JKR Selangor telah memohon kepada Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia untuk diangkat dalam Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-11. Selain itu, bagi mengurangkan kesesakan dari Putra Permai ke Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), pihak JKR Selangor telah mensyaratkan kepada Tetuan Lembah Penchala Sdn Bhd untuk menaiktaraf persimpangan Jalan Putra Permai / LDP melalui kelulusan permohonan Kebenaran Merancang pada Mac 2015.