Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
319) ISU KESESAKAN DI JALAN WELMAN, RAWANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan bagi menyelesaikan kesesakan jalan disebabkan double parking di Jalan Welman, Rawang?
Jalan Welman yang berada di jajaran Jalan Persekutuan FT001 Jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim adalah dibawah senggaraan JKR Gombak. Walaubagaimanapun, kesesakan jalan di laluan tersebut adalah disebabkan double parking dimana tindakan penguatkuasaan diluar bidang kuasa pihak JKR. Pihak JKR Gombak telah memaklumkan kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang untuk membuat tindakan penguatkuasaan double parking bagi mengelakkan kesesakan jalan di lokasi tersebut. Untuk tindakan susulan, JKR akan memaklumkan kepada PDRM untuk mengambil tindakan penguatkuasaan di lokasi tersebut
-
Adakah kerajaan akan meningkatkan infrastruktur dengan membina penghalang untuk mengelakkan aktiviti double parking di situ?
Pembinaan penghalang seperti median atau flexible post bagi menghadkan ruang kelegaan bahu jalan tersebut dikhuatiri akan menyebabkan pertambahan kesesakan lalulintas di kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, pihak JKR boleh membuat lantikan perunding kesan penilaian trafik serta audit keselamatan jalan raya untuk penyediaan cadangan penyelesaian kesesakan trafik yang efektif bagi sekitar kawasan tersebut bagi jangka panjang.