Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

54) ISU KESESAKAN DI JALAN BESAR, SERI KEMBANGAN

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Trafik di Jalan Besar amat sesak dan semakin kritikal, khususnya di persimpangan jalan di antara Lebuhraya Sg Besi. Apakah rancangan pihak JKR untuk mengatasi isu ini?

    Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT 3215. Pihak JKR Selangor mempunyai perancangan untuk menyelesaikan masalah kesesakan di jalan tersebut. Permohonan untuk menaiktaraf jalan ini telah dipohon pada 10 Februari 2020 kepada Caw. Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia di bawah program Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) namun tidak mendapat kelulusan. Walaubagaimanapun, pihak JKR Selangor akan memohon semula pelaksanaan projek ke Ibu Pejabat JKR Malaysia di bawah program Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Lampiran

Tiada Lampiran.