Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

375) ISU KESESAKAN DAN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA DI JALAN PERSEKUTUAN 1208 DARIPADA SIMPANG TIGA JALAN BUNGA MELOR – SUNGAI SERENDAH – SIMPANG KG KOSKAN KE TOL SUNGAI BUAYA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif dan perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu menaiktaraf Jalan Persekutuan 1208 daripada Simpang Tiga Jalan Bunga Melor - Sungai Serendah - Simpang Kg Koskan ke Tol Sungai Buaya dan anggaran kos tersebut?

    JKR telah mensyaratkan bagi beberapa pemaju sekitar di dalam ulasan Kebenaran Merancang bagi menaiktaraf jalan yang dimaksudkan di Jalan Persekutuan FT1208 kepada 4 lorong 2 hala (4-lane Dual Carriageway). Tempat yang telah disyaratkan dari persimpangan Jalan Bunga Melor sehingga di struktur Lebuhraya Plus (600 meter) dan dari persimpangan Plaza Tol Sungai Buaya sepanjang (1,000 meter)

    Walau bagaimanapun, pihak JKR telah mengadakan sesi lawatan tapak untuk dimohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi permohonan menaiktaraf jalan FT1208 (Persimpang Tol Sungai Buaya hingga Persimpangan FT1208 – Jalan Sungai Buaya / FT3208 – Jalan Sungai Choh bagi baki jajaran jalan yang tidak disyaratkan kepada pemaju untuk dinaiktaraf.

  2. Mengapakah projek menaiktaraf Jalan Persekutuan 1208 (PL2) dan Jalan Pesekutuan 3218 (PL1) yang berjumlah 6.6KM tidak dilaksanakan mengikut Perlaksanaan Jangka Masa Pendek (2018-2023) dalam Garis Panduan Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor (Penggantian) 2035 untuk Tindakan Jangka Masa Pendek?

    Pihak JKR telah mengadakan lawatan bagi cadangan menaiktaraf Jalan FT3208 & FT1208. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut tidak disenaraikan sebagai lima (5) senarai keutamaan bagi cadangan menaiktaraf di seluruh Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.