Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

262) ISU KESESAKAN DAN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif dan perancangan kerajaan untuk membantu menaik taraf Jalan Persekutuan 1208 daripada Simpang Tiga Jalan Bunga Melor - Sungai Serendah - Simpang Kg Koskan ke Tol Sungai Buaya?

    JKR telah mensyaratkan bagi beberapa pemaju sekitar di dalam ulasan Kebenaran Merancang bagi menaiktaraf jalan yang dimaksudkan di Jalan Persekutuan FT1208 kepada 4 lorong 2 hala (4-lane Dual Carriageway). Tempat yang telah disyaratkan dari persimpangan Jalan Bunga Melor sehingga di struktur Lebuhraya Plus (600 meter) dan dari persimpangan Plaza Tol Sungai Buaya sepanjang (1,000 meter)

    Walau bagaimanapun, pihak JKR telah mengadakan sesi lawatan tapak untuk dimohon kepada Kerajaan Persekutuan bagi permohonan menaiktaraf jalan FT1208 (Persimpang Tol Sungai Buaya hingga Persimpangan FT1208 – Jalan Sungai Buaya / FT3208 – Jalan Sungai Choh bagi baki jajaran jalan yang tidak disyaratkan kepada pemaju untuk dinaiktaraf.

  2. Apakah perancangan kerajaan untuk membantu mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut?

    Pihak JKR telah merancang untuk menaiktaraf jalan FT1208 – Jalan Sungai Buaya bermula dari persimpangan Plaza Tol Sungai Buaya sehingga persimpangan FT1208 – Jalan Sungai Buaya / FT3208 – Jalan Sungai Choh dengan menaiktaraf jalan tersebut kepada 4 lorong 2 hala. Pelaksanaan kerja menaiktaraf jalan tersebut tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.