Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
87) ISU KESELAMATAN PANGSAPURI TAMAN TELUK GEDUNG INDAH, PELABUHAN KLANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kerosakan yang semakin kritikal di pangsapuri tersebut?
Berdasarkan pihak Majlis yang telah membuat permohonan kepada pihak KPKT pada 28 Oktober 2021 lalu, yang melibatkan pembaikan bumbung, apprance dan sistem elektrikal yang berjumlah RM 75 juta berdasarkan kiraan oleh pihak JKR. Walaubagaimanapun, permohonan tersebut tidak berjaya kerana tidak tersenarai didalam peruntukan tahun 2023. Setakat ini, pihak KPKT hanya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM124,000.00 bagi kerja-kerja pembaikan pemegang tangga ‘handrail’ di Blok A & B, Pangsapuri Teluk Gedung Indah pada 30 April 2021 dan kerja pembaikan ini telah selesai sepenuhnya pada 14 November 2021. Pihak Majlis akan memastikan permohonan semula akan dibuat kepada pihak KPKT pada tahun 2023 ini.
-
Adakah pangsapuri tersebut masih selamat untuk diduduki?
Kerja-kerja menentusahkan telah dibuat pada tahun 2020 oleh Bahagian Khidmat Pakar & Forensik, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan laporan akhir Forensik Geoteknik telah diterima pada 13hb Julai Merujuk kepada ulasan pihak JKR bahawa, analisa mendapan tanah, adalah dianggarkan proses pengukuhan tanah di kawasan Flat taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang Selangor ini masih lagi aktif, dimana primary settlement masih berlaku. Walaubagaimanapun, kadar pemendapan ini adalah sangat kecil dan baki pemendapan tanah hanya akan berlaku dalam tempoh yang panjang iaitu melebihi 800 tahun dengan kadar anggaran pemendapan antara 0.8mm/tahun hingga 1.5mm/tahun akan datang dengan syarat tiada lagi kerja-kerja tambakan baru dijalankan.
Pejabat ini berpendapat (JKR) bahawa kadar pemendapan yang agak minima ini berkemungkinan tidak akan menyebabkan berlakunya kerosakan yang ketara dan kesan yang singinifikan dalam tempoh masa tersebut.