Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
115) ISU KESELAMATAN DAN INFRASTUKTUR DI JALAN BESAR, SERI KEMBANGAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Jalan ini masih menggunakan pembahagi jalan batu, ia memberi kesan keselamatan kepada pengguna jalan. Bilakah JKR akan menaiktaraf pembahagi jalan ini?
Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT3215. Pihak JKR Selangor dalam perancangan untuk menaiktaraf pembahagi jalan ini dan permohonan tersebut akan diangkat ke Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Anggaran kos naiktaraf pembahagi jalan adalah berjumlah RM 620 ribu.
-
Longkang di sepanjang jalan telah rosak dan jatuh, ia menyebakan banjir kilat serius. Bilahkan JKR akan menaiktaraf longkang ini?
Permohonan peruntukan bagi tujuan menaiktaraf longkang dan pembentung yang rosak akibat banjir telah dikemukakan kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan pelaksanaan kerja-kerja menaiktaraf akan dijalankan setelah peruntukan diterima pada tahun hadapan. Anggaran kos naiktaraf longkang dan pembetung rosak adalah berjumlah RM 1,147,510.59