Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

104) ISU KESAN SAMPINGAN LAMBAKAN WARGA ASING DI KAWASAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk menangani lambakan warga asing yang tinggal di Lembah Jaya dan kawasan sekitarnya?

    MPAJ mengambil tindakan terhadap lambakan warga asing mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepada PBT sahaja. Antara tindakan yang diambil adalah :

    • Tindakan pendakwaan terhadap majikan yang menggajikan warga asing, pemilik premis/ pemilik tanah yang memberi sewa kepada warga asing;
    • Mensyaratkan pemegang lesen perniagaan yang mengambil pekerja warga asing mengemukakan permit pekerjaan yang sah;
    • Melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
    • Satu operasi telah dilaksanakan di kawasan Lembah Jaya mengikut bidang kuasa PBT iaitu menggajikan warga asing.

Lampiran

Tiada Lampiran.