Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

79) ISU KESAN SAMPINGAN LAMBAKAN WARGA ASING DI KAWASAN PBT

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri terhadap kelompok warga asing yang menyumbang masalah sampah 'haram', penyakit berjangkit dan perniagaan di tepi jalan serta jenayah?

    Kerajaan Negeri melalui PBT boleh mengambil tindakan terhadap kelompok warga asing yang menyumbang kepada masalah sampah „haram‟ dengan mengadakan operasi pemantauan kebersihan. Sampah-sampah di kawasan komersil yang didiami oleh warga asing akan dikutip dengan kekerapan empat (4) kali seminggu. Warga asing yang membuang sampah haram dikehendaki membayar denda secara serta-merta di tempat kejadian sebanyak RM100.00 kerana kebiasaannya warga asing tidak membayar kompaun yang dikeluarkan dan menyukarkan PBT untuk mengesan warga asing yang dikenakan kompaun.

    Manakala tindakan bagi memastikan tiada penularan penyakit berjangkit yang dibawa oleh warga asing adalah dengan memastikan semua warga asing yang masuk ke negara ini telah menjalani saringan kesihatan. Warga asing yang terlibat dalam industri makanan pula wajib mendapatkan suntikan TY2 bagi mencegah penyakit thypoid. Tindakan kompaun dan pemotongan markah penilaian premis boleh dikenakan terhadap majikan yang menggajikan pekerja yang mengendalikan makanan tanpa mendapatkan suntikan TY2. Bagi kawalan penyakit denggi khususnya, premis yang didiami warga asing yang berpotensi sebagai tempat pembiakan nyamuk, tindakan akan diambil di bawah kesalahan kacauganggu awam, Akta Kerajaan Tempatan 1976 iaitu dengan penyerahan notis arahan penghapusan kacauganggu.

    Seterusnya, PBT tidak mengeluarkan sebarang lesen atau permit perniagaan kepada warga asing. Bagi warga asing yang menjalankan perniagaan di tepi jalan, tindakan tegas akan diambil dengan merampas dan menyita peralatan perniagaan di lokasi tersebut. Barang yang disita tidak akan dikembalikan dan tidak boleh dituntut bagi memastikan mereka tidak akan kembali menjalankan aktiviti perniagaan semula.

    Jika PBT mempunyai maklumat berkaitan warga asing yang tidak mempunyai permit, PBT akan menyalurkan maklumat kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan membantu pihak JIM bagi operasi mencegah jenayah di kawasan pentadbiran PBT masing-masing.

    Berdasarkan sumber maklumat daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), anggaran terkini jumlah pekerja asing yang bekerja di Selangor dari Januari hingga Jun 2017 adalah seramai 27,439 orang. Perincian pekerja asing mengikut sektor adalah seperti di Jadual 1.

  2. Adakah kerajaan mempunyai direktori /data taburan warga asing dalam kawasan PBT?

Lampiran

Tiada Lampiran.