Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

293) ISU KEROSAKAN JALAN DI JALAN PERSIARAN MAHKOTA CHERAS 1, KAJANG YANG DISEBABKAN OLEH PENGUSAHA KUARI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha yang akan diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk memastikan jalan di Jalan Persiaran Mahkota Cheras 1 ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat?

    Bagi langkah pembaikan jangka masa pendek, pihak MPKj sentiasa menjalankan kerja pembaikan dan menampal mana-mana jalan yang berlubang di Jalan Persiaran Mahkota Cheras 1. Bagi langkah pembaikan jangka masa panjang, surat arahan telah dikeluarkan kepada pengusaha kuari yang terlibat bagi menjalankan kerja-kerja penurapan Jalan Persiaran Mahkota Cheras 1 secara keseluruhan.

  2. Adakah terdapat laluan alternatif untuk digunakan oleh pengusaha kuari ini?

    Tiada laluan alternatif buat masa ini dan untuk masa hadapan terdapat laluan alternatif untuk kuari melalui lebuhraya EKVE. Lebuhraya EKVE masih dalam pembinaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.