Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
135) ISU Kerapnya Paip Pecah
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menangani isu kekerapan paip paip pecah ini khususnya di Dun Taman Templer?
Bagi mengatasi isu paip pecah di kawasan ini, pihak Air Selangor telah mengambil tindakan berikut:
1. Pembentukan District Metering Zone (DMZ) dan Pressure Management Zone (PMZ) telah dilaksanakan bertujuan untuk memantau dan mengawal tekanan air secara optimum dan berterusan bagi mengurangkan berlakunya kejadian paip pecah. Di dalam kawasan N.15 Taman Templer, 11 DMZ telah dibentuk seperti berikut:
- GB.089 FRIM
- GB.081 Selayang Utama
- GB.001 Taman Selayang Jaya
- GB.052 Taman Bukit Idaman
- GB.033 Taman Bidara
- GB.098 Taman Prima Selayang
- GB.034 Taman Sri Melati
- GB.042 Selayang Pandang
- GB.075 Selayang Baru Fasa 3
- GB.301 Bandar Baru Selayang Zone 2
- GB.114 Bandar Baru Selayang Zone 1
2. Untuk kejadian paip pecah yang masih berlaku walaupun dengan pelaksanaan kawalan tekanan (kawasan di dalam DMZ), jajaran paip terlibat telah dikenalpasti dan disusun di dalam senarai keutamaan penggantian paip di bawah Program Penggantian Paip.
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan meluluskan projek membaikpulih paip pecah tersebut?
Bagi Program Penggantian Paip 2019 dan 2020, Air Selangor telah meluluskan pelaksanaan penukaran paip lama di dalam kawasan DUN Taman Templer seperti berikut: