Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

312) ISU KENDERAAN LAMA

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Krajaan Negeri terhadap kenderaan terbiar yang diletakkan di parkir awam dan di taman-taman khususnya di DUN Dengkil?

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Ke 33/2020 pada 9 September 2020 yang telah disahkan oleh MMKN Selangor Ke 34/2020 pada 30 September 2020 telah bersetuju untuk menerima pakai Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil.2 Tahun 2020 – Garis Panduan Pengurusan Kenderaan Terbiar Di Kawasan Operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sehubungan itu, garis panduan tersebut diguna pakai oleh semua PBT mengikut kesesuaian dan tatacara pengendalian (SOP) di PBT masing-masing. Antara penambahbaikan yang telah dibuat terhadap garis panduan tersebut dalam mengatasi kenderaan terbiar adalah tempoh pengurusan pelupusan kenderaan terbiar dipendekkan dari enam (6) hingga 12 bulan kepada dua (2) hingga empat (4) bulan.

  2. Apakah tindakan undang - undang yang boleh diambil keatas mereka yang terlibat?

    Tindakan di bawah Seksyen 46 (3) (a), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) turut diambil supaya pemilik kenderaan yang terbabit memindahkan halangan dalam tempoh tujuh (7) hari (maksimum) dan Notis Pemberitahuan memindahkan halangan akan diletakkan pada kenderaan berkenaan. Setelah tamat tempoh notis pemberitahuan, satu notis tawaran kompaun dibawah Sek 46 (1)(e), Akta 133, atas kesalahan meletakkan kereta buruk ditempat awam akan dikeluarkan dan diletakkan pada kenderaan berkenaan. Setelah tempoh tujuh (7) hari (maksimum) notis tawaran kompaun dikeluarkan dan tiada sebarang maklum balas daripada pemilik kenderaan, tindakan memindahkan halangan di bawah Sek 46 (3) (a), Akta 133 dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.