Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
88) ISU KENAIKAN CUKAI PINTU DI HULU SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah sebab dan alasan yang konkrit untuk menaikkan cukai pintu di Hulu Selangor?
Justifikasi untuk menaikkan cukai pintu di Hulu Selangor adalah seperti berikut :
- Penilaian semula perlu dibuat selaras dengan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, dalam subseksyen (3), sesuatu senarai nilaian baru yang mengandungi butir-butir yang sama seperti dalam subseksyen (1) hendaklah disediakan dan disiapkan sekali tiap-tiap lima tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Kali terakhir MPHS melaksanakan penilaian semula adalah pada tahun 1996. Aras nilaian 1996 terlalu lama melebihi 28 tahun.
- Mengelakkan daripada dicabar di dalam mahkamah kerana tidak mengesahkan senarai nilaian baru.
- Kos pengurusan dan pelupusan sisa pepejal yang semakin meningkat.
- Menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur serta kemudahan awam dalam memberi perkhidmatan perbandaran yang berkualiti.
- Merancang dan mengawal pembangunan yang lebih berkualiti dalam kesimbangan alam sekitar.
- Memperkasa perkhidmatan kesihatan dan keselamatan awam yang lebih selesa dalam menjadikan sebuah bandar mampan.
- Membangun ekonomi, taraf hidup dan sosial dengan merancang pelbagai program dan aktiviti masyarakat dan komuniti.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji semula kadar cukai pintu yang dikenakan di Hulu Selangor?
Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji semula kadar cukai pintu yang dikenakan di Hulu Selangor dengan merujuk Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, dalam subseksyen (3), menjelaskan sesuatu senarai nilaian baru yang mengandungi butir-butir yang sama seperti dalam subseksyen (1) hendaklah disediakan dan disiapkan sekali tiap-tiap lima tahun.