Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

314) ISU KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri akan membina lebih banyak taman rekreasi dan kemudahan sukan di kawasan luar bandar seperti DUN Sungai Kandis untuk penduduk terutamanya golongan belia?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai perancangan untuk menambah bilangan kemudahan awam di DUN Sungai Kandis memandangkan kemudahan awam sedia ada sudah memadai. Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan taman rekreasi dan kemudahan sukan di kawasan DUN Sg Kandis adalah seperti berikut:

    BIL DUN FASILITI JUMLAH
    1. Sg Kandis Taman rekreasi 205
    Gelanggang sukan 99
    Gelanggang futsal 11
    Padang futsal berumput 2
    Padang bola 11
    JUMLAH 328

    Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited dalam memperkasa golongan belia sebagai pelapis yang akan meneruskan kemajuan Negeri Selangor. Selaras dengan aspirasi tersebut, pemupukan budaya hidup aktif dan cergas diterjemah melalui pengwujudan taman-taman rekreasi dan kemudahan sukan termasuk di Sungai Kandis.

     

    MBDK

    Jumlah taman permainan awam DUN Sg Kandis (N49) adalah sebanyak 89 taman permainan dengan jumlah keluasan 406,650 m2. Bagi perancangan tahun 2025, pihak Majlis memfokuskan untuk membaikpulih dan menaiktaraf taman permainan sedia ada di Klang Utara dan Klang Selatan. Skop kerja yang terlibat dalam DUN Sg. Kandis adalah seperti berikut :

    • Kerja-Kerja Pelupusan Komponen Yang Usang, Berbahaya Dan Tidak Boleh Dibaiki Dalam Pentadbiran MBDK;
    • Kerja-Kerja Pembekalan Tong Sampah, Bangku Dan Buaian Dalam Pentadbiran MBDK;
    • Projek Naiktaraf Padang Cergas iaitu :

    ZON N49A

    • Jalan Sri Serawak 4, Taman Sri Andalas.

    ZON N49B

    • Lorong Ikhlas 6A, Johan Setia, Klang.
    • Projek One-off Naiktaraf Taman Awam
    • Menaiktaraf Taman Rakyat, Klang Selatan.
    • Kerja-Kerja Meratakan Padang Dalam Pentadbiran MBDK.

    MBSA

    Majlis Bandaraya Shah Alam melaksana pembangunan yang berterusan dengan membina dan menyediakan sebanyak 205 taman rekreasi di Dun Sungai Kandis bertujuan mengutamakan kesejahteraan dan kesihatan penduduk serta golongan belia.

    Selain itu, Majlis Bandaraya Shah Alam juga menyediakan kemudahan sukan ‘outdoor sport’ di dalam taman rekreasi Dun Sungai Kandis untuk kegunaan penduduk terutamanya golongan belia. Antara kemudahan sukan yang telah disediakan ialah:

    1. 99 Gelanggang Rekreasi (Gelanggang Badminton, Gelanggang takraw, Gelanggang bola keranjang dan gelanggang multipurpose)
    2. 11 Gelanggang futsal
    3. 2 Padang futsal berumput
    4. 11 Padang bola berumput

Lampiran

Tiada Lampiran.