Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

10) ISU KEMALANGAN AKIBAT KEBAKARAN

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa kes kebakaran yang berlaku mengikut daerah, kes kematian dan puncanya?

    Statistik Tahun 2019 (sehingga Oktober 2019)

    Jumlah kebakaran : 7195

    Jumlah kematian : 25

     

    Bil Zon Jumlah kebakaran
    1. Shah Alam 935
    2. Petaling 1022
    3. Klang 1486
    4. Hulu Langat 1059
    5. Selangor Selatan (KLIA) 1101
    6. Hulu Selangor 839
    7. Selangor Utara (Sekinchan) 753

     

    Bil Punca Jumlah
    1. Elektrik 25
    2. Puntung Rokok 15
    3. Percikan Api 19
    4. Mercun/Bunga Api 1
    5. Ubat Nyamuk/Lilin/Colok 5
    6. Dapur Gas/Minyak 43
    7. Reaksi Spontan 11
    8. Sengaja Dibakar 169
    9. Tidak Diketahui 12
    10. Tindak Balas Kimia 0
    11. Mancis Api 9
    12. Lain-Lain Punca 6697
  2. Apakah usaha Kerajaan bagi mengatasi masalah kebakaran akibat litar pintas?

    Usaha kerajaan bagi mengatasi masalah kebakaran akibat litar pintas ialah:

    1. Kempen kesedaran kepada orang awam
    2. Edaran Brochure/ Risalah tentang keselamatan kebakaran

     

  3. Apakah garis panduan dan kekerapan pemeriksaan berkala dilakukan oleh pihak berwajib terhadap kilang-kilang memproses produk beracun dan gas-gas merbahaya?

    JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SELANGOR

    1. c) Jabatan Alam Sekitar menjalankan pemeriksaan berkala terhadap premis-premis yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan tindakan akan diambil berdasarkan kepada akta tersebut dan standard operating procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Kekerapan pemeriksaan berkala adalah berdasarkan kepada perancangan di awal tahun dan kekerapan tersebut akan ditambah berdasarkan kepada keperluan operasi penguatkuasaan bersepadu serta aduan yang diterima.

    SEKSYEN PIHAK BERKUASA TEMPATAN, UPEN

    1. c) Untuk makluman, PBT tidak mempunyai satu garis panduan khusus untuk menjalankan pemeriksaan terhadap kilang-kilang yang memproses produk beracun dan gas-gas merbahaya kerana pemantauan ini dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). PBT tidak mempunyai sebarang kepakaran dan kelengkapan di dalam menjalankan pemeriksaan berkaitan produk beracun dan gas-gas merbahaya. Sekiranyan terdapat aduan, ia terus dirujuk ke JAS untuk semakan lanjut.

    Walau bagaimanapun, PBT sentiasa menjalankan pemantauan terhadap kilang berisiko berdasarkan lesen yang dikeluarkan oleh PBT masing-masing.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.