Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

148) ISU KEBOCORAN DI MERATA RATA DALAM MASJID SULTAN ALAUDDIN KAMPUNG BANDAR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri berkaitan masjid ini yang telah diwartakan sebagai warisan menelan belanja 13 juta tapi masih belum boleh digunakan?

    Kerja pembaikan kebocoran dan pemasangan penghawa dingin (aircond) dijangka akan dilaksanakan pada September 2020. Jangka masa kerja adalah selama 3 bulan.

  2. Apakah tindakan mengenai projek maahad tahfiz sains intergrasi kampung bandar yang telah terhenti dimana sepatutnya siap pada pertengahan 2019?

    Projek bermula dan 6 November 2017 dan dijadualkan siap asal pada 7 Oktober 2019 dan telah mendapat Extension Of Time (EOT) sehingga 29 April 2020. Surat amaran kelewatan kerja telah dikeluarkan sebanyak 9 kali kepada Kontraktor Utama. Lawatan Intervensi di tapak telah dilakukan oleh JKR Selangor pada 2 Disember 2019. Namun, kontraktor masih menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan. Sehubungan dengan itu, Notis Untuk Tamat Perkhidmatan (NUTP) telah dikeluarkan pada 17 Mac 2020 oleh Pengarah JKR Selangor kepada Kontraktor Utama.

Lampiran

Tiada Lampiran.