Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
231) ISU KANAK-KANAK BANTUT
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan jumlah kes kanak-kanak bantut yang dilaporkan di Selangor sejak tahun 2020 hingga tahun 2024.
Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sentiasa memantau taraf pemakanan kanak-kanak bawah 5 tahun yang hadir mendapat perkhidmatan kesihatan di klinik kesihatan. Masalah bantut merupakan masalah kekurangan zat makanan kronik, dimana kanak-kanak ini tidak mendapat makanan yang mencukupi dari segi kuantiti dan kualiti dalam suatu tempoh masa yang lama.
Jadual berikut adalah jumlah kes kanak-kanak bantut yang dilaporkan di Selangor sejak tahun 2020 hingga tahun 2024.
Tahun Jumlah Kedatangan Kanak-Kanak < 5 tahun
Bilangan Kes Bantut Peratusan 2020 8,0951 379 0.47% 2021 8,2837 623 0.75% 2022 8,4126 230 0.27% 2023 9,1819 505 0.55% 2024 9,3014 493 0.53% -
Nyatakan purata anak bagi setiap pasangan berkahwin di setiap daerah berdasarkan maklumat JPN Selangor bagi tempoh 5 tahun terkini.
Tiada input daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor