Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
267) ISU KAJI STRUKTUR TANAH PANGSAPURI TAMAN TELUK GADONG INDAH
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah hasil laporan siasatan tanah yang dijangka telah bermula pada pertengahan bulan Ogos 2019 yang lalu di Pangsapuri Taman Teluk Gedong Indah?
Mesyuarat pada 4 dan 12 Mac 2019 yang diselaraskan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah memutuskan Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor untuk membuat siasatan lanjut di tapak serta menyediakan perincian kos bagi siasatan tanah dan kos keseluruhan baikpulih pangsapuri Teluk Gadong Indah. Lawatan pemeriksaan terperinci bagi mengenalpasti skop pembaikan telah dijalankan pada 17/07/2019 oleh pihak JKR negeri. Namun begitu, pihak MPK masih belum menerima sebarang laporan tersebut dari pihak JKR.
-
Bilakah kerja-kerja pembaikan akan mula dijalankan?
Kerja-kerja pembaikan juga masih belum dijalankan.