Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
138) ISU KAJI STRUKTUR TANAH PANGSAPURI TAMAN TELOK GEDUNG INDAH
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah hasil lawatan pemeriksaan terperinci bagi mengenalpasti skop pembaikan pada 17/7/2019 oleh pihak JKR Negeri Selangor?
Hasil lawatan tapak dan pemeriksaan, berikut adalah skop pembaikan:
- Pihak JKR menjalankan ujian tanah (SI) seperti yang telah disyorkan dalam laporan forensik Jabatan Geoteknik;
- Kerja pembaikan asas atau permukaan bawah bangunan;
- Kerja pembaikan kerosakan bangunan melibatkan pembaikan struktur bumbung, sistem pendawaian elektrik dan sistem dalam salur paip buangan;
- Pihak JKR daerah Klang telah melantik perunding (Perniagaan MHE Extreme) untuk melakukan kerja-kerja penyiasatan tanah beserta ujian makmal di Pangsapuri Telok Gedung Indah;
- Laporan kerja-kerja penyiasatan tanah beserta ujian makmal telah dihantar ke cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibupejabat JKR Malaysia bagi menganalisa laporan ujian makmal siasatan tanah tersebut.
- Selain itu, JKR cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Selangor pula telah membuat kerja-kera pemeriksaan dan pengesahan berhubung dengan skop kerja elektrik. Anggaran awal kos bagi skop kerja elektrik adalah sebanyak RM1,450,000.00
-
Apakah kerja-kerja pembaikan yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah tersebut?
Di antara kerja-kerja pembaikan yang dikenalpasti boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:
i. Pembaikan struktur asas atau tanah;
Mengukur kadar mendapan dan menutup bahagian renggangan pada bawah bangunan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk dan sarang haiwan liar.
ii. Kerosakan pada struktur bumbung;
Pembaikan kerosakan melibatkan penggantian kerangka bumbung, siling, gutter, RWDP elektrikal dan mengecat.
iii. Pembaikan kerja-kerja sistem paip air dalaman;
Sistem longkang bangunan dan struktur air buangan
-
Apakah jaminan pihak Kerajaan Negeri terhadap penduduk bagi menyelesaikan isu ini?
Jaminan kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu mendapan ini adalah seperti berikut:
- Memberi bantuan berbentuk peruntukan pembaikan;
- Sekiranya bangunan didapati tidak selamat, penduduk akan ditawarkan kediaman alternatif oleh Kerajaan Negeri seperti Rumah Selangorku, Skim SMART – Sewa dan sebagainya.