Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
237) ISU JENAYAH DAN KESELAMATAN BERPUNCA DARIPADA WARGA ASING
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan akan mengambil langkah-langkah lebih ketat memandangkan banyak dilaporkan berlaku jenayah pembunuhan, rompakan, penipuan dan pencabulan daripada warga asing di Selangor kebelakangan ini?
Ya, Pihak Kerajaan khususnya PDRM sentiasa mengambil langkah – langkah yang lebih ketat bagi membendung jenayah yang dilakukan sama ada terhadap warga negara tempatan mahupun warga negara
-
Jika ya, nyatakan langkah-langkah tersebut?
Pihak polis khususnya telah mengambil tindakan dalam menangani kes – kes yang dilakukan oleh penjenayah warga negara asing, di antara langkah – langkah yang dilaksanakan adalah :
- Pencegahan jenayah dibuat secara berterusan sama ada melibatkan warga tempatan atau warga
- Penjenayah warga asing yang terlibat dalam jenayah tidak dapat dituduh di mahkamah akan dikenakan tindakan pengusiran balik ke negara
- Senarai Pekeliling Khas ( SPK ) akan dihantar ke pihak Imigresen untuk perhatian di pintu masuk / keluar negara bagi memastikan mereka yang terlibat ini di kesan jika keluar negara atau masuk semula ke dalam
- Bekerjasama dengan pihak Imigresen melalui semakan sistem biometrik bagi pelancong asing dipintu masuk / keluar melalui lapangan terbang bagi tujuan
- Kerjasama menerusi lain – lain agensi seperti Interpol dipertingkat dari masa ke semasa untuk perkongsian
-
Pohon statistik 5 tahun (2011-2015) jenayah warga asing di Selangor
- Perangkaan Penglibatan Warga Negara Asing dalam Jenayah Indeks Kontinjen Selangor bagi tahun 2013, 2014 dan 2015 adalah seperti berikut :
DAERAH 2013 2014 2015 JUMLAH JENAYAH KEKERASAN 1 BUNUH 12 21 50 83 2 ROGOL 19 18 26 63 3 SAMUN BERKAWAN SENJATAPI 0 25 6 31 4 SAMUN BERKAWAN TANPA SENJATAPI 40 16 83 139 5 SAMUN SENJATAPI 0 0 0 0 6 SAMUN TANPA SENJATAPI 6 12 28 46 7 MENDATANGKAN CEDERA (324 – 326 KK) 57 53 109 219 JUMLAH JENAYAH KEKERASAN 134 145 302 581 JENAYAH HARTA BENDA 1 CURI 96 56 130 282 2 CURI MOTOKAR 0 0 2 2 3 CURI MOTOSIKAL 2 0 12 14 4 CURI MOTOLORI/VAN/JENTERA BERAT 0 13 56 69 5 RAGUT 15 49 65 129 6 PECAH RUMAH 25 54 140 219 JUMLAH JENAYAH HARTABENDA 138 172 405 715 JUMLAH BESAR 272 317 707 1296 Perangkaan jumlah jenayah indeks melibatkan warga asing bagi tempoh Januari – Disember 2014 adalah sebanyak 317 kes berbandingan pada tahun 2013 sebanyak 272 kes iaitu peningkatan sebanyak 45 kes atau 16.5%. Perbandingan Perangkaan jumlah jenayah indeks melibatkan warga asing bagi tempoh Januari – Disember 2015 adalah sebanyak 707 kes berbandingan pada tahun 2014 sebanyak 317 kes iaitu peningkatan sebanyak 390 kes atau 123%. Jumlah keseluruhan Jenayah Indeks melibatkan warga negara asing bagi tempoh ( 3 ) tahun adalah berjumlah 1,296 kes.