Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
62) ISU JALAN TANPA GAZET DI KAMPUNG-KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk menggezetkan jalan-jalan kampung atas tanah persendirian yang telah lama digunakan sebagai jalan awam bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan atau menaik taraf jalan-jalan tersebut?
Untuk makluman YB Dusun Tua, jalan-jalan kampung atas tanah persendirian tidak boleh diwartakan sebagai rizab jalan awam kerana bercanggah dengan peruntukkan Seksyen 62 KTN kerana pewartaan tanah kerajaan sebagai rizab awam hanya boleh dilaksanakan ke atas tanah kerajaan sahaja.
-
Jika ya, nyatakan perancangannya
Kerajaan tidak bercadang mewartakan jalan-jalan kampung atas tanah persendirian. Namun pewartaan hanya boleh dilaksanakan sekiranya perkaraperkara berikut telah dilaksanakan:-
- Pemilik tanah telah menyerahkan sebahagian tanahnya untuk tujuan rizab jalan awam.
- Pengambilan Tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT).
-
Jika tidak, nyatakan langkah-langkah Kerajaan.
Sama seperti di SUB(b)