Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
60) ISU JALAN TANJUNG BANDAR UTAMA
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Menurut pihak MBPJ, Kerajaan Negeri Selangor mempunyai keinginan untuk mengambil alih dan mengisytiharkan Jalan Tanjung sebagai jalan awam dan kini sedang menunggu proses pembayaran Kerajaan Negeri Selangor. Apakah itu benar dan apakah status terkini berkaitan dengan Jalan Tanjung, Bandar Utama?
Status terkini berhubung dengan Jalan Tanjung di peringkat MBPJ adalah seperti berikut:
- Pada 09 September 2022, pihak MBPJ telah mengadakan suatu perbincangan bersama pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Y.B. Puan Jamaliah binti Jamaluddin (ADUN – BANDAR UTAMA) berhubung dengan isu Jalan Tanjung. Antara intipati perbincangan tersebut adalah berhubung dengan hasrat MBPJ untuk mengekalkan pembukaan Jalan Tanjung sebagai jalan awam sama ada menjadikannya sebagai laluan atau penyerahan rezab jalan secara keseluruhannya kepada Kerajaan Negeri.
- Dalam perbincangan tersebut juga, pihak LLM menyatakan kesediaan untuk memberikan kebenaran izin lalu dengan mengeluarkan surat kepada pihak MBPJ.
- Walaubagaimanapun, sehingga kini, pihak MBPJ masih belum menerima sebarang surat kebenaran izin lalu daripada pihak LLM.