Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

188) ISU JALAN LEMBAH HIJAU, BATU ARANG

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah solusi bagi keadaan jalan yang semakin teruk di Jalan Lembah Hijau, Batu Arang, sebelum JKR berjaya dalam proses mengambil alih hak penyelenggaraan jalan tersebut?

    Dimaklumkan pihak JKR telah melantik juruukur bagi kerja-kerja ukur dan warta jalan tersebut pada 28 Jun 2024 dan dijangka selesai pada 27 Jun

    Jabatan ini telah mengkaji dan menilai lokasi yang tiada hakmilik (tanah kerajaan) untuk didaftarkan didalam sistem MARRIS dan memohon peruntukan secara one-off bagi kerja-kerja selenggaraan.

    Dimaklumkan Jalan Lembah Hijau yang dimaksudkan adalah jalan yang telah dibina oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM). Jalan ini merupakan jalan pintas bagi penduduk sekitar Bandar Tasik Puteri ke Pekan Batu Arang. Jalan tersebut dikategorikan sebagai U3 dengan kelebaran 3.4m.Jajaran jalan juga di dapati telah dibina di atas sebahagian tanah kerajaan dan juga lot tanah individu.

    Pejabat ini sering menerima aduan berkaitan jalan rosak di lokasi tersebut. Walaubagaimanapun, Pejabat ini tidak dapat melaksanakan pembaikan berikutan jalan tersebut tidak di didaftarkan di bawah sistem MARRIS dan jalan tersebut bukan di bawah selenggaraan jabatan ini.

    Susulan perbincangan bersama pihak ICU,UPEN, JKPTG Selangor, PDT Gombak, MPS dan JKR Daerah Gombak pada 09hb Julai 2020, JKR Selangor diminta untuk melantik jurukur bagi kerja pengukuran pengambilan tanah dan pewartaan jalan dengan tujuan untuk didaftarkan di bawah sistem MARRIS dan sekaligus dapat melaksanakan kerja – kerja senggaraan dengan betul.

Lampiran

Tiada Lampiran.