Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
267) ISU JALAN KAWASAN TAMAN, KAMPUNG, INDUSTRI DAN PROTOKOL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri untuk memastikan jalan-jalan yang telah dibaikpulih mengikut piawaian agar jalan tersebut bertahan lama?
JKR
Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan konsesi bagi memantau keadaan jalan sebenar di tapak. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.
Bagi mengawal aspek kualiti, JKR Selangor mengambil tindakan dengan melaksanakan audit kuari untuk memastikan campuran asphalt yang digunakan adalah mengikut spesifikasi. Kawalan spesifikasi amat penting agar kualiti asphalt yang digunakan dapat menjamin ketahanannya mengikut tempoh yang sepatutnya iaitu 7 tahun bagi kerja senggara jalan sedia ada.
MPHS
Setiap kerja jalan yang akan dibaikpulih akan mengikut spesifikasi Arahan Teknik Jalan (ATJ) JKR. Jalan – jalan yang telah dibaikpulih akan disemak dan diperiksa oleh kakitangan yang bertangungjawab dengan diadakan ujian – ujian di jalan kan di makmal ke atas sampel yang di ambil di tapak untuk ujian ketahanan/ ketebalan jalan. Antara contohnya, ujian ‘coring’ akan dilaksanakan diperakukan oleh pihak SIRIM.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang digunakan untuk menyelenggara jalan-jalan di Kawasan Taman, Kampung, Kawasan Industri dan Jalan Protokol di Kawasan Batang Kali?
JKR
Bagi Jalan Persekutuan FT001, FT3208 dan FT1208, peruntukan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen yang diluluskan oleh Kementerian Kerja Raya bagi penyenggaraan jalan persekutuan di bawah DUN Batang Kali adalah berjumlah RM 6,647,000.00.
JKR Hulu Selangor juga telah menggunakan Peruntukan Khas Jurutera Daerah berjumlah RM 150 ribu di laluan FT001, FT1208 dan FT3219 bagi penambahbaikan aspek keselamatan jalan dan naiktaraf longkang serta pembaikan lampu isyarat.
MPHS
Jumlah peruntukan yang telah di peruntukan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi menyelenggara jalan-jalan di kawasan taman, kawasan Industri dan Jalan Protokol di kawasan batang kali adalah sebanyak RM 7,553,900.00 untuk tahun 2024. Manakala untuk kawasan kampung adalah di bawah penyelenggaraan Pejabat Daerah.