Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

194) ISU JALAN JKR DI RAWANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini berkenaan pengambilan tanah untuk Jalan Lembah Hijau, Batu Arang?

    Status terkini permohonan pengambilan tanah Lembah Hijau sepanjang 1 kilometer dalam proses pengeluaran surat SST pada Julai 2024 kepada perunding jurukur dengan kos RM 23,000.00.

  2. Apakah status terkini berkenaan projek naik taraf jalan FT3209?

    Kemajuan fizikal di tapak sehingga 23 April 2024 adalah 10.95 peratus lewat 3 hari dari jadual iaitu 11.36 peratus.

  3. Apakah status terkini berkenaan projek naik taraf jalan Missing Link B27?

    Bagi menaiktaraf sebahagian Jalan Rawang – Batang Berjuntai di atas tajuk projek Menaiktaraf Jalan Negeri B27 (Missing Link), Jalan Rawang – Batang Berjuntai, Gombak, Selangor sepanjang 1KM  di hadapan persimpangan Persiaran Anggun/B27. Status projek di dalam rekabentuk akhir dan dijangka akan di tender pada tahun ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.