Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
23) ISU JALAN DAN LONGKANG DIBAWAH PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (PLB)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah PLB diberikan peruntukan untuk menyelenggara dan membaiki jalan-jalan dan longkang dibawah seliaan PLB dan sekiranya ada berapakah jumlah peruntukan tersebut?
- Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengambil berat berhubung penyelenggaraan jalan dan juga longkang kawasan luar bandar di kampung tradisi dan kampung baru. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan keseluruhannya RM4 Juta pada 2025 di bawah program seperti berikut:
- Peruntukan penyelenggaraan jalan dan longkang luar bandar ini diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan pihak Pejabat Daerah dan Tanah akan mengemukakan permohonan mengikut keutamaan di daerah masing-masing.
- Pada masa sama, Kerajaan Negeri melalui Perbendaharaan Negeri Selangor juga menyelaraskan keperluan penyelenggaraan jalan-jalan dan juga longkang luar bandar menggunakan peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Program MARKIS kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah berjumlah RM35 Juta.
- Keseluruhannya pada Tahun 2025, Kerajaan Negeri mempunyai dana RM39 Juta bagi tujuan penyelenggaraan jalan dan longkang luar bandar. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah akan menyelaras keutamaan permohonan berdasarkan skop projek yang ditetapkan di bawah setiap peruntukan yang tersedia kepada pihak Perbendaharaan Negeri Selangor atau Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
- Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengambil berat berhubung penyelenggaraan jalan dan juga longkang kawasan luar bandar di kampung tradisi dan kampung baru. Bagi tujuan ini, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan keseluruhannya RM4 Juta pada 2025 di bawah program seperti berikut:
-
Adakah PLB diberikan peruntukan kecemasan untuk membaiki jalan-jalan dan longkang yang rosak akibat bencana alam?
- Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan menyelaras peruntukan luar bandar tahunan sedia ada mengikut keutamaan. Pihak Pejabat Daerah dan Tanah juga boleh memohon kepada pihak Perbendaharaan Negeri Selangor bagi kerja-kerja kecemasan untuk membaiki jalan-jalan dan longkang yang rosak akibat bencana alam untuk menggunapakai peruntukan di bawah Program MARRIS.
- Kerajaan Negeri juga telah menyalurkan peruntukan perkhidmatan masyarakat kepada semua Pejabat Daerah dan Tanah berjumlah RM53.8 Juta bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Selangor dan RM16.1 Juta atau 30 peratus adalah bagi pelaksanaan projek kecil yang juga boleh digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan untuk menebang pokok, membaiki jalan/ longkang dan kemudahan awam yang rosak akibat bencana alam tertakluk kepada ketetapan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 1 Tahun 2019: Garis Panduan Penggunaan Peruntukan Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri Selangor.