Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
409) ISU JALAN BERLUBANG (POT-HOLE)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah laporan jalan berlubang (pot-hole) yang diterima oleh PBT dan JKR di DUN Sungai Kandis bagi tahun 2023-2024? Dan berapakah laporan yang sudah selesai?
Pihak Majlis telah menerima aduan jalan berlubang di DUN Sungai Kandis sebanyak 129 pada tahun 2023 dan 165 pada tahun 2024. Kesemua aduan telah selesai. Untuk makluman, jalan-jalan tersebut adalah dibawah selenggara MBSA sahaja.
Jumlah aduan jalan berlubang (potholes) yang diterima oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di DUN Sungai Kandis bagi tahun 2023-2024 adalah :
Tahun Jumlah Aduan Diterima Jumlah Aduan Selesai 2023 25 24 secara jabatan 1 turapan penuh 2024 29 20 secara jabatan 6 syarikat penyelenggaraan 3 turapan penuh Ringkasan rekod tampalan yang telah dilaksanakan oleh pihak JKR di DUN Kandis bagi Tahun 2023-2024 adalah seperti berikut:
Bil Tahun Bilangan Laporan Pot Hole
Bilangan Laporan Pot Hole Selesai
1. 2023 500 500 2. 2024 949 949 -
Apakah spesifikasi / kaedah penurapan jalan yang telah ditetapkan oleh pihak PBT / JKR?
Pihak Majlis mempunyai ‘Standard of Procedure’ (SOP) bagi kerja-kerja penurapan jalan dalam memastikan kerja-kerja penurapan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Antaranya ialah ujian ‘coring test’ dan ujian makmal bagi sample premix.
Kaedah penurapan yang di laksanakan oleh MBDK seperti berikut :
- Tampalan menggunakan ‘coldmix’
- Tampalan menggunakan ‘hot premix’ oleh syarikat penyelenggaraan tahunan
- Turapan penuh menggunakan ‘hot premix’
Jabatan Kerja Raya (JKR) menetapkan spesifikasi piawaian untuk kerja-kerja penurapan jalan melalui JKR Standard Specification for Road Works. Beberapa kaedah utama dalam penurapan jalan termasuk:
- Penilaian lapisan jalan sedia ada menggunakan ujian teknikal (seperti trial pit atau DCP) untuk menentukan kekuatan dan ketebalan jalan sebelum dibaikpulih.
- Penggunaan bahan yang diperakui seperti premix dan batuan agregat dari kuari yang diluluskan JKR untuk memastikan bahan yang digunakan memenuhi piawaian.
- Pemantauan semasa kerja penurapan termasuk pengukuran suhu, ketebalan premix, dan ujian lain untuk memastikan kualiti kerja.
- Ujian selepas penurapan di makmal yang bertauliah bagi memastikan pematuhan kepada piawaian teknikal seperti ketebalan dan kekuatan jalan
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap konsesi yang tidak mematuhi spesifikasi ini?
Pihak Majlis tidak mempunyai konsesi untuk kerja-kerja penampalan jalan berlubang. Kerja-kerja hanya dilaksanakan oleh ‘Road Gang’ dan kontraktor yang dilantik untuk kerja-kerja penurapan. Sekiranya kontraktor gagal mengikut spesifikasi, arahan turapan semula akan dilaksanakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Jika konsesi tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), tindakan tertentu boleh diambil untuk memastikan kualiti dan keselamatan kerja tetap terjamin. Berikut adalah antara tindakan yang dikenakan terhadap kontraktor yang gagal mematuhi spesifikasi:
- Notis peringatan untuk pembetulan dalam tempoh tertentu.
- Denda (Liquidated and Ascertained Damages – LAD) jika ada kelewatan dalam jadual kerja.
- Potongan bayaran kepada kontraktor hingga pembetulan dilakukan.
- Penamatan kontrak jika ketidakpatuhan serius, dengan kontraktor disenaraihitamkan untuk projek akan datang.
- Tuntutan kos pembaikan atau pampasan jika ketidakpatuhan menyebabkan kerosakan atau ketidakselesaan.