Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

249) ISU JALAN BERLUBANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah aduan berkenaan kes jalan berlubang (Pot Hole) yang diterima di setiap PBT terutama di bandar - bandar utama?

    Jumlah aduan kes jalan berlubang dan peruntukan Kerajaan Negeri yang diterima oleh PBT sepanjang 2023 adalah seperti berikut:

     

    Senarai PBT Bilangan Aduan Peruntukan
    MBSA 1767 RM 22,521,539.77
    MBPJ 857 RM 15,900,000.00
    MBSJ 713 Tiada peruntukan khusus
    MPKj 411 RM 25,521,802.55
    MPS 1160 RM 24,000,000.00
    MPK 963 RM 20,086,313.77
    MPAJ 306 RM 19,000,000.00
    MPSp 521 RM  9,055,357.52
    MPKL 132 RM 14,143,921.14
    MPKS 27 RM  3,000,000.00
    MPHS 199 RM11,974,821.85
    MDSB 12 RM12,520,063.80
  2. Berapakah peruntukan yang disalurkan kerajaan Negeri dalam membaiki jalan berlubang?

    JKR Selangor melalui peruntukan MARRIS telahpun menyediakan kontrak khas (pelantikan konsesi) bagi penyelenggaraan jalan di bawah Kontrak Jangka Panjang Penyelenggaraan Jalan Negeri di Negeri Selangor berjumlah RM 88,175,525.00.  Secara umumnya, penyelenggaraan Kontrak Jangka Panjang ini melibatkan item kerja penyelenggaraan rutin, berkala pavmen & berkala bukan pavmen, kecemasan, elektrik dan lain-lain. Bagi kerja penyelenggaraan rutin khususnya penampalan potholes, kos yang diperuntukkan adalah berjumlah RM 1,176,531.22 untuk seluruh Negeri Selangor / setahun.

Lampiran

Tiada Lampiran.