Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

231) ISU JALAN BERLUBANG

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif kerajaan untuk memastikan penampalan yang sempurna dan segera setiap jalan rosak di Negeri Selangor?

    Untuk meningkatkan kualiti pembaikan dan penurapan semula jalan raya, pemantauan kualiti kerja-kerja turapan di Negeri Selangor dilakukan berdasarkan kepada Standard Operating Procedure (SOP) Senggara Jalan yang dikeluarkan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Jalan,  Ibu Pejabat JKR Malaysia.

    Berdasarkan kepada SOP tersebut, tindakan-tindakan yang akan diambil adalah seperti berikut:

    1. Kerja penampalan sementara untuk potholes akan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam apabila ia dikenalpasti dengan menggunakan bahan turapan ‘Cold Mix’ supaya keselamatan pengguna terjamin. Penampalan kekal akan dilaksanakan dalam tempoh 3 hari dengan menggunakan bahan turapan ‘Hot Mix’.
    2. Rondaan audit sentiasa dilakukan melibatkan JKR Daerah dan konsesi bagi memantau keadaan jalan sebenar di tapak. Kegagalan pihak konsesi melaksanakan kerja pembaikan di tapak akan menyebabkan pihak konsesi dikenakan NCR dan pemotongan ke atas tuntutan bayaran bulanan untuk kerja penyenggaraan jalan dilakukan sebagai penalti.
    3. Bagi mengawal aspek kualiti, JKR Selangor mengambil tindakan dengan melaksanakan audit kuari untuk memastikan campuran asphalt yang digunakan adalah mengikut spesifikasi. Kawalan spesifikasi amat penting agar kualiti asphalt yang digunakan dapat menjamin ketahanannya mengikut tempoh yang sepatutnya iaitu 7 tahun bagi kerja senggara jalan sedia ada.
  2. Berapakah jumlah aduan berkenaan kes ‘Pot Hole' yang diterima di setiap daerah dari tahun 2018 hingga 2023?

    Bagi Jalan Negeri, jumlah aduan kes pothole telah direkodkan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Intelegent Respond Selangor (IRS) dan Aplikasi Sistem Pemantauan Pothole (ASAPP). Jumlah aduan pothole yang telah direkodkan bermula dari 2018 hingga 2023 adalah sebanyak 9,958. Perincian aduan adalah seperti di Lampiran A.

     

    Walaubagaimanapun, JKR daerah dan pihak konsesi turut melaksanakan rondaan serta pemantauan bagi setiap jalan-jalan negeri di Negeri Selangor. Hasil aduan awam serta rondaan yang telah dilaksanakan, ‘pothole’ yang telah berjaya ditampal daripada Tahun 2018 sehingga 2023 adalah sebanyak 94,665 ‘pothole’. Perincian adalah seperti di Lampiran B.

    Bagi Jalan Persekutuan, berikut ialah data tampalan ‘pothole’ di Daerah Klang bagi tempoh 3 tahun terkini:

    Bil. Tahun Jumlah Tampalan ‘Pothole’
    1. 2021 1989
    2. 2022 2823
    3. 2023 3117 (sehingga 25 Oktober 2023)

     

  3. Apakah punca utama yang menyebabkan jalan rosak?

    Punca Utama yang dikenalpasti menjadi penyebab jalan rosak adalah seperti berikut:

    1. Keadaan tanah semulajadi di Negeri Selangor (Marine Clay) yang tidak dapat menampung beban muatan kenderaan di Negeri Selangor terutama di Daerah Klang, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
    2. Faktor pertambahan bebanan trafik dan kenderaan berat lebih muatan yang melalui jalan tersebut menyebabkan berlakunya kegagalan pada struktur jalan berkenaan.
    3. Kerja – kerja korekan jalan yang dilakukan oleh pihak utiliti turut menjadi punca jalan – jalan berlubang dan rosak. Setelah kerja – kerja pemasangan kabel paip dilakukan, jalan berkenaan tidak diturap dengan baik dan ia menyebabkan jalan menjadi lebih mudah rosak.
    4. Sebahagian profil jalan yang sudah uzur.
    5. Penyenggaraan pavemen dengan cara membaru muka jalan (Resurfacing) telah lama tidak dilaksanakan melebihi tujuh tahun.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.