Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
90) ISU-ISU PROJEK TERBENGKALAI, PERTUKARAN KEGUNAAN TANAH DAN TANAH KERAJAAN
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua tanah industri di daerah Hulu Langat yang telah ditukar kegunaan daripada industri kepada kegunaan lain. Sila beri nama pemilik, saiz tanah, jenis kegunaan baru dan premium tanah yang dibayar
Hasil siasatan pihak PDTHL dapati TIADA tanah industri di Daerah Hulu Langat yang telah ditukar kegunaan daripada industri kepada kegunaan lain.
-
Senaraikan bilangan, lokasi dan saiz tanah kerajaan dan tanah kosong yang masih ada di dalam DUN Teratai.
Berikut merupakan tanah rizab kawasan lapang dan hijau serta tanah kerajaan di dalam DUN Teratai:
Bil. Jumlah Lokasi Luas (ekar) Status 1. 28 Kampung Tasek Tambahan & Kampung Tasek Permai
42.57 Rizab Kawasan Lapang/ Hijau
2. 22 Pandan Perdana 23.15 3. 11 Taman Bukit Segar 32.48 4. 1 Kampung Bukit Sungai Puteh 4.9 Tanah Kerajaan -
Senaraikan projek-projek terbengkalai, status, tindakan semasa dan anggaran penyelesaian dalam Pentadbiran MPAJ
- Senarai projek-projek terbengkalai di MPAJ adalah seperti berikut :
1. Perumahan : 6 projek
- Cadangan Projek Perumahan Taman Kencana 3 Untuk Membina 47 Unit Rumah Link 2 Tingkat Di Atas Lot 38123-Lot 38129 (Pt 17366- Pt17372), Lot 38131-Lot 38144 (Pt 17361-Pt 17373) Dan Lot 38145- Lot 38170 (Pt 17360-Pt 16991), Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul
- Cadangan Membina 1 Blok Pangsapuri Kos Sederhana Rendah (Pksr) 11 Tingkat Yang Mengandungi 120 Unit Dengan Kemudahan Awam Seperti Surau, Tadika Dan Dewan Serbaguna Serta Tempat Letak Kereta Di Tingkat Basemen, Di Atas Lot 648, 649, 824 Dan 821, Kampung Pasir, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul
- Cadangan Membina 1 Blok Pangsapuri Kos Sederhana (Pks) 8 Tkt Yang Mengandungi 60 Unit Dengan Kemudahan Awam Seperti Surau, Tadika Dan Dewan Serbaguna, Berserta 2 Unit Pencawang Elektrik Di Atas Lot 648, 649, 824 Dan 821, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak,
- Cadangan Membina Dan Menyiapkan Perumahan 3 Blok 17 Tingkat Kos Sederhana Rendah (1020 Unit) Termasuk Sebuah Surau, Sebuah Tadika, Sebuah Bilik Ict, 4 Buah Kedai Serbaguna, Sebuah Rumah Sampah Dan Sebuah Bangunan Tempat Letak Kereta Setinggi 7 Tingkat (3 Tingkat Di Aras Basement) Dan Kolam Renang Serta Bilik Persalinan Lelaki Dan Perempuan Di Aras Bumbung Di Atas Sebahagian Tanah Seluas 76 Ekar (Fasa 2), Di Sungai Sering, Mukim Hulu Kelang, Daerah Gombak, Selangor Darul
- Cadangan Membina Semula 27 Unit Kilang Teres Dan Sebuah Pencawang Eklktrik “Double Chamber” Sub Lot 37434-37442, Jalan Tasek Tambahan 2, Kg. Tasek Tambahan, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat,
- Cadangan Membina Dan Menyiapkan Blok Pembangunan Campuran Berparcel Dua (2) Fasa Yang Mengandung I:-
Parcel 1 – Perdagangan ‘Axis Atrium’(Fasa 1 & Fasa 2) 1 Tingkat Tempat Letak Kereta (Fasa 2 Aras Basemen) 3 Tingkat Lot Perdagangan
Fasa 1 (Aras Bawah & Aras 1)
Fasa 2 (Aras Bawah Tanah Dan Aras 2)
4 Tingkat Tempat Letak Kereta (Aras 2-Aras 5) 1 Unit Pencawang Elektrik
Parcel 2 – Pangsapuri Servis ‘Axis Residence (Fasa 1) 3 Tingkat Tempat Letak Kereta (Aras 2-Aras 5)
2 Tingkat Pangsapuri Duplex (Aras Bawah-Aras 8) 24 Tingkat Pangsapuri Servis (Aras 9-Aras 32)
1 Tingkat Kawasan Rekreasi (Aras 33)
Parcel 3 – Pangsapuri Servis ‘Axis Tower’(Fasa 2) 4 Tingkat Tempat Letak Kereta (Aras 6- Aras 9)
30 Tingkat Pangsapuri Servis (Aras 10- Aras 39)
1 Tingkat Kawasan Rekreasi (Aras 9a Dan Aras 40)
Di Atas Lot 27985 Dan Sebahagian Tanah Kerajaan (Pt 12345), Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.
2.Tindakan semasa dan anggaran tempoh penyelesaian
Pihak MPAJ akan mengemukakan laporan status projek terbengkalai kepada pihak Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor dan KPKT. Pihak MPAJ dan agensi teknikal akan membantu dari segi penyelarasan tindakan bagi menyelesaikan isu berkaitan.
Tiada anggaran tempoh penyelesaian di pihak MPAJ memandangkan projek tersebut adalah dibawah tindakan pihak pemaju atau pelidukasi yang dilantik dan pihak MPAJ akan memberikan kerjasama apa-apa yang berkaitan.