Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
263) ISU-ISU ANJING DAN KUCING LIAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan isu-isu anjing dan kucing liar dikawal secara berperikemanusiaan serta apakah garis panduan yang ditetapkan?
Kerajaan Negeri menggalakkan supaya pemilik haiwan peliharaan untuk melakukan pemandulan terhadap haiwan peliharaan dan tidak membuang haiwan peliharaan mereka apabila tidak lagi mampu untuk dijaga.
Antara garis panduan yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor adalah:-
- Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing 2007;
- Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 5 Tahun 2014 – Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan PBT;
- Prosedur Pengurusan Pelesenan Anjing Peliharaan;
- Prosedur Pengurusan Anjing Terbiar dan Anjing Peliharaan;
- Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171); dan
- Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).
-
Kenapa Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khas bagi program seperti "Spay & Neuter" untuk mengawal pembiakan anjing dan kucing liar?
Kerajaan Negeri tidak menyediakan peruntukan khas bagi Program “Spay & Neuter” atau dikenali juga sebagai Program TNR (Trap Neuter Rehome) kerana:-
- Kaedah TNR merupakan satu kaedah yang memerlukan kepakaran doktor veterinar yang berkelayakan. Untuk mendapatkan khidmat doktor veterinar, ia memerlukan kos yang tinggi dan perlu dibuat secara berkala;
- Keperluan peruntukan yang lebih mendesak bagi isu-isu lain seperti pengurusan sampah, kesihatan, dan pendidikan.