Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

358) ISU INSINERATOR DI BATU ARANG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri telah mendapat laporan impak alam sekitar (EIA) bagi projek loji SISGE? Jika ya, bolehkah laporan tersebut dilaporkan kepada umum.

    Kerajaan Negeri masih belum menerima laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) untuk projek loji SISGE kerana proses penilaian ini masih lagi berjalan. Laporan ini akan dimuktamadkan apabila perunding berpuas hati bahawa kandungan laporan tersebut mematuhi semua garis panduan yang ketat sebagaimana ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

    Laporan EIA ini adalah telus dan akan dapat diakses oleh orang ramai setelah laporan ini selesai. Menurut Jadual 2 EIA, laporan EIA perlu dipaparkan kepada umum setelah laporan tersebut diserahkan kepada JAS.

Lampiran

Tiada Lampiran.