Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

26) ISU INFRASTRUKTUR DUN RAWANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kini berkenaan bantuan pembinaan infrastruktur mangsa penduduk pemendapan tanah di Jalan Bersatu 20, Rawang?

    Bagi pihak JPS, pembaikan tebing Sg. Rawang di Jalan Bersatu 20 yang mendap telah pun disiapkan melalui pelaksanaan Projek Pemulihan Tebing Sungai Rawang Di Kawasan Taman Bersatu, Mukim Rawang, Daerah Gombak dengan kos sebanyak RM3.9 juta pada Februari 2019. Pemantauan juga terus dilaksanakan bagi memastikan pemendapan tebing sungai tidak lagi berlaku.

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi penyelesaian isu Taman Bukit Rawang Jaya 1 yang mempunyai saliran air di bawah tanah?

    Lawatan bersama Agensi-agensi Teknikal termasuk JPS Gombak telah pun dilaksanakan dan mendapati terdapat aliran air bawah tanah di kawasan tersebut. Perkara ini dibawah tindakan Jabatan Mineral dan Geosaians(JMG) untuk tindakan seterusnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.