Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

138) ISU INFRA LALUAN KELUAR MASUK TAMAN PERUMAHAN DAN SIMPANG JALAN

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Laluan keluar masuk taman perumahan membahayakan pengguna jalan raya. Pokok besar dan bahan iklan yang merata tempat membahayakan pengguna jalan raya.

    Sub-soalan telah di tolak

  2. Apakah tindakan oleh kerajaan untuk membantu menyelesaikan memenuhi keperluan piawaian infra agar keselamatan pengguna jalan raya terjamin?

    Bagi setiap pemajuan baru di dalam kawasan pentadbiran MPKS, keperluan penyediaan infrastruktur asas terutama kemudahan jaringan jalanraya dari jalan utama ke jalan tempatan atau jalan sekunder bagi pembangunan baru seperti perumahan, perniagaan dan perindustrian merupakan salah satu syarat-syarat kawalan pembangunan utama dengan mengambilkira hierarki jalan, kapasiti jalan, piawaian serta rekabentuk jalan agar keselamatan pengguna jalanraya terjamin. Keperluan-keperluan ini akan disyaratkan kepada pihak pemaju melalui juruperunding bertauliah di dalam kelulusan Pelan Kebenaran Merancang (KM) dan juga kelulusan Pelan Jalan & Perparitan (Infrastruktur) oleh pihak MPKS.

     

    Semakan dan penetapan syarat-syarat kawalan rekabentuk serta piawaian jalan untuk penyediaan infrastuktur kemudahan jalanraya samada bagi pembinaan baru, menaiktaraf, membaikpulih dan selenggara adalah mengikut bidang kuasa pentadbir jalan iaitu pihak JKR bagi jalan Persekutuan dan jalan Negeri dan juga pihak MPKS bagi jalan bandaran atau tempatan serta jalan kecil. Piawaian jalan bagi penyediaan kemudahan jalanraya yang digunapakai oleh pihak MPKS adalah mengikut Arahan Teknik Jalan (ATJ) yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia iaitu seperti ATJ 8/86 (A Guide On Geometric Design Of Roads) dan ATJ 11/87 (Guide To The Design Of At Grade Intersections), Garis Panduan Audit Keselamatan Jalan (Road Safety Audit (RSA)) serta lain-lain Arahan Teknik Jalan (ATJ) yang berkenaan dan juga menggunapakai Garis Panduan & Piawaian Perancangan Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.