Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

305) ISU INDUSTRI EV DAN KEPERLUANNYA

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan Industri EV berkembang pesat di Selangor?

    Yang Berhormat sekalian, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan beberapa langkah untuk menggalakkan perkembangan industri kenderaan elektrik (EV) seperti berikut:

    1. Meningkatkan jumlah stesen pengecasan EV di tempat-tempat strategik seperti kawasan awam, pusat membeli-belah, kawasan rehat dan rekreasi selaras dengan sasaran 1000 stesen pengecas EV di seluruh Selangor menjelang tahun 2025;
    2. Kerjasama di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat swasta untuk pemasangan stesen pengecas EV; dan
    3. Pelaburan dalam aspek pembuatan kenderaan EV dan alat ganti dengan cadangan pembangunan kilang pembuatan bagi EV di Selangor oleh syarikat – syarikat pengeluar kereta seperti PERODUA di Rawang, Hulu Selangor.
  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri dapat mewujudkan peluang pekerjaan dikalangan generasi muda di Selangor melalui Industri EV yang sedang berkembang pesat?

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin untuk menambah baik keadaan ekonomi anak muda termasuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada golongan belia terutama di dalam industri EV yang semakin berkembang maju.

    Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri akan mengambil beberapa langkah seperti berikut:-

    1. Menarik pelaburan di dalam industri EV bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada belia tempatan; dan
    2. Menawarkan latihan kemahiran penyelenggaraan kenderaan EV dikalangan anak muda melalui program latihan kemahiran dengan kerjasama pihak swasta.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.