Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
101) ISU HUTAN BUKIT CERAKAH
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan kawasan hutan Bukit Cerakah di Shah Alam terus dipertahankan dan dipelihara?
- Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) sentiasa komited dalam memastikan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Bukit Cherakah terus dipertahankan dan dipelihara bagi memastikan pengurusan sumber hutan secara berkekalan khususnya di HSK Bukit Cherakah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. JPNS tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu ataupun pihak yang didapati telah melakukan kesalahan seperti menceroboh kawasan HSK Bukit Cherakah yang mana pihak berkenaan akan dihukum sewajarnya mengikut mana-mana seksyen yang berkaitan seperti yang diperuntukkan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara1985 dan Kaedah-Kaedah Hutan
Dari tahun 2015 hingga tahun 2018, terdapat tiga (3) kes kesalahan hutan yang telah berjaya dikesan oleh JPNS melibatkan kesalahan pencerobohan hutan dan penebangan pokok secara haram. Berikut adalah kes kesalahan hutan yang telah direkodkan oleh JPNS dari tahun 2015 – 2018 :
Bil. Tarikh Kesalahan Lokasi OKT Keputusan 1. 18.09.2015 Menebang pokok secara haram
Kompt. 14 HSK Bukit Cherak ah
1. Jamaludin 2. Ahma d Fadil 3.Azhar Bin
Sabidin
OKT telah dituduh di Mahkam ah Majestrit
4.Kamarul Baharin Bin Kamaru ddin 5.Mohd Sa’at bin Wahid
Shah Alam pada 06.10.20 15 dan dijatuhka n hukuman denda sebanya k RM21,00
0.
2. 16.02.2017 Menceroboh hutan simpan
Kompt. 14 HSK Bukit Cherak ah
1.Gan Chai Ek Kertas siasatan telah ditutup/ No Further Action (NFA)
kerana tiada bukti OKT
melakuk an aktiviti pencerob ohan
hutan.
3. 01.09.2018 Menceroboh hutan simpan
Kompt. 14 HSK Bukit Cherak ah
1.Norman bin Azid Kertas siasatan telah ditutup/ No Further Action (NFA)
kerana
tiada
bukti OKT melakuk an aktiviti pencerob ohan
hutan.
Selain daripada itu, JPNS turut melaksanakan kaedah pemantauan, kawalan dan penguatkuasaan hutan melalui pendekatan seperti berikut :
i. Rondaan Berkala
JPNS menjalankan rondaan secara berkala di sepanjang sempadan luar dan dalam HSK Bukit Cherakah. Tumpuan khusus sentiasa diberikan terhadap kawasan-kawasan yang berhampiran dengan penempatan dan aktiviti orang awam seperti di Taman Bukit Bayu yang berhampiran HSK Bukit Cherakah.
ii. Pemantauan melalui Imej Satelit
Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) dengan kerjasama Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) telah membangunkan sistem yang dikenali sebagai Sistem e-Geospatial Perhutanan (e-GP) dan ‘Forest Monitoring Using Remote Sensing’ (FMRS). Dalam sistem ini, pemantauan kawasan ‘hot-spots’ dan sebarang aktiviti pencerobohan hutan akan dikesan melalui perubahan imej satelit. Sistem ini berfungsi untuk memantau aktiviti hutan secara makro dan mikro secara cepat dan efisien dengan menggunakan imej satelit beresolusi tinggi dan terkini.
iii. Drone
JPNS turut tidak ketinggalan mengaplikasikan teknologi di dalam aspek penguatkuasaan hutan dengan menjalankan pemantauan udara dengan menggunakan drone dari jenis Dji Phantom 4 untuk menjalankan pemantauan di dalam HSK Bukit Cherakah.
iv. Aduan Awam
JPNS menerima maklumat daripada pelbagai sumber termasuklah media sosial seperti facebook, e-mel, telefon, surat dan lain-lain lagi bagi membantu pihak jabatan untuk membuat pengesanan awal aktiviti pencerobohan di HSK Bukit Cherakah. Dua (2) daripada tiga (3) kes yang dikesan dari tahun 2015 – 2018 adalah melalui aduan daripada penduduk setempat berkaitan aktiviti pencerobohan hutan.
v. Papan Tanda HSK
JPNS akan memasang papan tanda larangan memasuki HSK Bukit Cherakah terutamanya di kawasan-kawasan yang berisiko berlaku pencerobohan baru.
vi. Pengukuran dan Penandaan Sempadan HSK
Oleh kerana lokasi HSK Bukit Cherakah berhampiran dengan kawasan dengan penempatan dan aktiviti orang awam, JPNS sentiasa mengemaskini maklumat pengukuran dan penandaan sempadan HSK Bukit Cherakah bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan hutan.
-
Apakah wujud rancangan pembangunan komersial melibatkan syarikat swasta atau syarikat berkaitan Kerajaan Negeri membabitkan kawasan hutan Bukit Cerakah?
- Sehingga kini, JPNS tidak mempunyai sebarang rancangan pembangunan komersial melibatkan syarikat swasta atau syarikat berkaitan Kerajaan Negeri membabitkan kawasan HSK Bukit Cherakah. Tiada sebarang kebenaran yang diberikan oleh JPNS kepada mana-mana individu mahu pun syarikat swasta atau syarikat berkaitan Kerajaan Negeri untuk menjalankan sebarang aktiviti di dalam HSK Bukit