Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

10) ISU GISB – PERANAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG TERLIBAT

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. GISB pertubuhan yang berada di dalam Negeri Selangor. Apakah peranan Kerajaan Negeri membantu mereka yang terlibat dengan GISB ini untuk mereka kembali hidup di dalam masyarakat secara normal?

    Peranan Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pemulihan Ar-Riqab MAIS dalam membantu bekas ahli GISBH yang menjalani pemulihan di rumah pemulihan dan rumah perlindungan MAIS, untuk kembali hidup di dalam masyarakat secara normal adalah seperti berikut:

    1. Program pemulihan akidah yang merangkumi saringan, rawatan kerohanian, pemulihan dan pengukuhan serta sokongan.
    2. Kelas Kemahiran semasa dalam Pusat Pemulihan seperti kelas memasak dan kelas automotif.
    3. Kelas akademik kepada remaja bekas GISBH semasa mereka ditempatkan di rumah pemulihan MAIS.
    4. Bantuan melalui zakat kepada bekas ahli GISBH mengikut kelayakan selepas proses pemulihan di rumah pemulihan MAIS dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.