Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

97) ISU GERAN STRATA YANG BELUM DIPROSES

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan projek rumah-rumah pangsa kos rendah yang belum menerima geran strata sehingga kini mengikut daerah.

    Untuk makluman Yang Berhormat Kajang, senarai projek pangsapuri kos rendah yang masih belum mempunyai hakmilik strata di bawah rekod Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

  2. Apakah kekangan Kerajaan Negeri sehingga kini tidak dapat mengeluarkan geran strata yang sudah siap lama?

    Untuk makluman Yang Berhormat Kajang, semakan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) mendapati bahawa kesemua permohonan hakmilik strata yang dikemukakan dengan lengkap telah diproses mengikut tempoh yang ditetapkan seperti yang terkandung di dalam piagam pelanggan dan prosedur operasi standard (SOP) semasa. Pengeluaran hakmilik strata dianggarkan mengambil masa selama 6 bulan daripada tarikh permohonan Pecah Bahagi Bangunan sehingga pendaftaran Hakmilik Strata. Tempoh tersebut tidak mengambil kira masa yang diperlukan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Cawangan Negeri Selangor (JUPEM) bagi pengeluaran pelan hakmilik strata dan juga mengambil kira komitmen juruukur yang dilantik oleh pemilik tanah atau pemaju.

    Walau bagaimanapun, di bawah Seksyen 10 Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) menyatakan Pengarah Tanah dan Galian Selangor tidak boleh meluluskan permohonan hak milik strata dengan sebab–sebab berikut:

    1. Pemohon tidak mengemukakan sijil cadangan pelan strata;
    2. Pembangunan yang dibuat hendaklah tidak melanggar syarat tanah dan sekatan kepentingan;
    3. Pembangunan yang dibuat tidak bertentangan dengan undang–undang lain yang berkaitan;
    4. Tidak menjelaskan cukai tanah semasa;
    5. Tidak mendapatkan persetujuan daripada semua pihak berkepentingan;
    6. Baki tempoh pajakan hakmilik tersebut kurang daripada 21 tahun;
    7. Hakmilik masih mempunyai gadaian atau lien;
    8. Unit syer yang dicadangkan adalah tidak saksama; dan
    9. Hakmilik masih hakmilik sementara.

Lampiran

Tiada Lampiran.