Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

236) ISU GERAI PENIAGA KECIL

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk memastikan peniaga kecil disediakan tempat perniagaan yang sesuai bagi menjamin peniaga dapat meneruskan perniagaan mereka?

    Kebajikan golongan peniaga kecil dan penjaja menjadi perhatian Kerajaan Negeri setiap tahun dalam Belanjawan Tahunan apabila YAB Dato’ Menteri Besar Selangor telah mengumumkan pengecualian lesen fi penjaja sejak tahun 2016 lagi. Antara langkah-langkah lain yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam membantu peniaga kecil untuk meneruskan perniagaan adalah seperti berikut:

     

    1. Mengesyorkan peniaga ke lokasi yang bersesuaian bagi aktiviti perniagaan;
    2. Penambahan kuota bagi tapak peniaga sedia ada; dan
    3. Pemindahan peniaga ke tapak baru yang dilengkapi dengan fasiliti yang lebih baik.
  2. Apakah tindakan penguatkuasa PBT kepada peniaga warga asing supaya perniagaan orang tempatan tidak dialibabakan?

    Tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga warga asing yang diambil oleh PBT adalah selaras dengan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2020 jaitu Garis Panduan Dasar Aktiviti Penjaja Dan Peniaga Kecil Di Negeri Selangor. Tindakan tegas yang telah dilaksanakan oleh PBT di Negeri Selangor adalah seperti pembatalan lesen terhadap premis warga tempatan yang “meng-ali baba-kan” lesen perniagaan atau menggajikan warga asing sebagai pekerja. Selain itu, tindakan penguatkuasaan berbentuk sitaan barang perniagaan secara serta merta dan barang sitaan tersebut juga tidak boleh dituntut merupakan tindakan tegas yang telah diambil oleh pihak PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.