Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

4) ISU GANGGUAN AIR MELIBATKAN LEBIH 300 RIBU PENGGUNA RUMAH TERJEJAS

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah punca-punca berlakunya gangguan bekalan air di empat daerah Negeri Selangor (Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang)?

    Daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat & Sepang mengalami gangguan bekalan air kerana loji rawatan air (LRA) Sg. Semenyih terpaksa ditutup sebanyak 4 kali pada 22, 23 dan 24 September 2016 serta 4 Oktober 2016 akibat pencemaran bau air mentah di Sungai Semenyih.

    Daerah Kuala Lumpur, sebahagian Hulu Langat dan Petaling juga telah mengalami gangguan bekalan air kerana LRA Sg. Langat dan Cheras terpaksa ditutup pada 7 Oktober 2016 akibat pencemaran bau di Sg. Semantan, Pahang.

  2. Apakah tindakan penguatkuasaan selaras dengan Undang-undang / Peraturan-peraturan yang telah diambil untuk pesalah yang telah dikenalpasti sebagai punca kejadian ini?

    Jabatan Alam Sekitar akan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, di mana, jika disabit kesalahan, pesalah akan dikenakan denda maksimum RM100,000 dan/atau 5 tahun penjara.

    Pihak berkuasa tempatan pula akan membatalkan semua lesen perniagaan dan menamatkan operasi perniagaan.

  3. Adakah Kerajaan Negeri akan memberikan rebat dalam bil air kepada semua akaun pengguna SYABAS yang terlibat?

    Kerajaan Negeri tidak akan memberi rebet kepada pelanggan di kawasan yang mengalami gangguan bekalan air.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.