Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
245) ISU FOOD TRUCK DI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk mengecualikan bayaran permit food truck di Selangor untuk membantu golongan belia lebih ramai dalam bidang ini ?
- Pihak PBT mengenakan Fi Lesen /Permit Trak Bergerak selaras dengan Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bil. 2 Tahun 2018 yang bertarikh 11 November 2018 (No Rujukan:JKT.D.100-1/3/2 Jld.8 (34). Walau bagaimanapun, terdapat inisiatif-inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak untuk PBT membantu peniaga jenis food truck berniaga dengan membuat pengecualian fi permit semasa penganjuran program yang dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan.
-
Adakah PBT telah bersedia menyediakan lebih banyak lokasi lagi untuk penempatan food truck di DUN Sentosa?
- PBT telah menyediakan tapak penjaja di Jalan Dato Yusof Shahbudin 28, Taman Sentosa bagi program penyusunan penjaja termasuk food truck di sekitar DUN Sentosa.