Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

138) ISU FOOD TRUCK DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan permit dikeluarkan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sejak konsep Food Truck dibenarkan beroperasi di Negeri Selangor

    Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang bersidang pada 23 Jun 2016 telah meluluskan Garis Panduan Perniagaan Trak Bergerak – Makanan, Perkhidmatan Dan Barangan bagi Negeri Selangor. Sehubungan dengan itu,  satu pekeliling telah dikeluarkan pada Ogos 2016 untuk digunapakai oleh seluruh Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.  Sehingga Mac 2017 sebanyak 138 permohonan permit trak bergerak telah dikeluarkan.  Walau bagaimanapun, hanya enam (6) daripada dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mempunyai perniagaan trak bergerak. Perincian adalah seperti berikut:

     BIL.  

    PIHAK BERKUASA TEMPATAN

    MAKANAN PERKHIDMATAN BARANGAN JUMLAH KESELURUHAN
    1 Majlis Bandaraya Shah Alam 20     20
    2 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 35   1 36
    3 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 6     6
    4 Majlis Perbandaran Kajang 18     18
    5 Majlis Perbandaran Selayang 15     15
    6 Majlis Perbandaran Subang Jaya 43     43
    7 Majlis Perbandaran Klang      
    8 Majlis Perbandaran Sepang      
    9 Majlis Daerah Sabak Bernam      
    10 Majlis Daerah Hulu Selangor      
    11 Majlis Daerah Kuala Selangor      
    12 Majlis Daerah Kuala Langat      
      JUMLAH 137 1 138
  2. Apakah kriteria dan syarat-syarat dinyatakan bagi seseorang pengusaha Food Truck memohon permit daripada PBT berdasarkan garis panduan lesen niaga Food Truck?

    Syarat-syarat asas bagi memohon permit pengusaha Food Truck adalah sama seperti permit penjaja bergerak. Namun terdapat kriteria yang perlu dipatuhi selaras dengan konsep trak bergerak. Kriteria-kriteria adalah seperti berikut:

    • Pemeriksaan permit perniagaan.
    • Waktu perniagaan.
    • Permit perlu dipamerkan.
    • Lokasi perniagaan.
    • Aspek kebersihan dan kesihatan.
    • Halangan dan kacau ganggu.
    • Menjalankan perniagaan di dalam petak yang diluluskan sahaja.
    • Lain-lain syarat-syarat yang dikenakan dari semasa ke semasa.
  3. Sila menyatakan masa berniaga, lokasi dan tempat disediakan untuk operasi perniagaan Food Truck di Negeri Selangor

    Lokasi perniagaan trak bergerak ini terbahagi kepada dua jenis iaitu tapak persendirian dan tapak yang disediakan oleh PBT. Waktu beroperasi berbeza mengikut lokasi dan penguatkuasaan oleh PBT. Lokasi dan waktu operasi perniagaan trak bergerak bagi setiap PBT seperti di Lampiran 1.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.