Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

112) ISU ECRL DI HUTAN SIMPAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah keluasan projek ECRL akan ambil untuk projek tersebut dan apa kesannya kepada alam sekitar dan pemeliharaan fauna dan flora di hutan simpan berkenaan?

    Dianggarkan seluas 107 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) terlibat untuk projek ECRL di negeri Selangor. Antara HSK yang terlibat adalah Hutan Simpan Ulu Gombak, Hutan Simpan Serendah dan Hutan Simpan Bukit Tarek.

    Secara umumnya, projek pembangunan ECRL melibatkan pembinaan landasan terowong dan pembukaan kawasan untuk pembinaan tapak seperti pintu keluar/masuk terowong serta lain-lain kegunaan projek.

    Kebenaran melalui Permit Penggunaan telah diluluskan oleh pihak berkuasa negeri bagi pelaksanaan projek ECRL ini dan tidak melibatkan sebarang pemansuhan HSK.

    Sebagai langkah pemuliharaan semula kawasan terlibat, Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan langkah-langkah mitigasi sepertimana kelulusan EIA, EMP, Kelulusan Merancang, Pelan Pengurusan Hidupan Liar dan lain-lain syarat yang telah dikenakan kepada pihak ECRL.

  2. Berapakah jumlah pampasan yang diterima untuk jajaran tersebut dalam hutan simpan?

    Sehingga kini, jumlah pampasan yang telah diterima oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor adalah sebanyak RM9.77 juta. Tambahan RM50 juta lagi dijangka akan diterima sebagai pampasan keseluruhan sehingga Projek ECRL ini selesai.

Lampiran

Tiada Lampiran.