Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
166) ISU DEWAN PARTI POLITIK ATAS TANAH KERAJAAN
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah cara untuk menyelesaikan dewan yang diurus oleh parti politik yang dibina atas tanah kerajaan?
Berdasarkan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 7 november 2016 telah bersetuju mana-mana dewan / bangunan yang dibuna atas tanah kerajaan yang belum diserah kepada Pihak Berkuasa Tempatan akan di ambil tindakan oleh Pentadbir Tanah Daerah berdasarkan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.
-
Sila nyatakan bilangan, lokasi dan status dewan parti politik dibina atas tanah kerajaan yang belum selesai ambil alih.
Berikut merupakan dewan yang masih belum selesai diambil alih :
Bil Nama dewan Lokasi 1. Dewan MCA Desa Kuala Garing 2. Dewan MIC Kuala Garing 3. Dewan MCA Bukit Rawang Jaya 4. Perpustaan Kg Sungai Terentang 5. Dewan MCA Bandar Country Homes